Sofbol



Sofbol ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

Untuk sukan antara kolej atau lebih dikenali sebagai SUKEM, aku akan wakil kolej rahim kajai untuk sukan sofbol ni. Nak cakap hebat takde hebat mana pun cuma adalah pengalaman time sekolah menengah dulu main sofbol ni. Perlawanan akan berlangsung pada 11 dan 12 November iaitu pada minggu hadapan. Doakan dapat menang la. Sebab kebanyakan yang masuk sofbol ni tak pernah ada pengalaman bermain sofbol dan kami pula telah kesuntukan masa untuk berlatih. Jadinya captain sofbol iaitu Umar telah menjalankan sistem mentor mentee untuk melatih pemain perempuan supaya menjadi hebat dimana mentornya ialah pemain lelaki dan kami perempuan sebagai mentee. 

USAHA TANGGA KEJAYAAN, HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH, CHAIYOK KAJAI!!

Comments