Sayu bila melihat orang kurang upaya kerana mereka tak sesempurna seperti kita. Ada yang tidak sempurna tangannya, tidak sempurna kakinya. Tapi ketidaksempurnaan mereka bukanlah satu halangan kepada mereka untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam diri mereka.
Pengalaman pertama melihat mereka bermain badminton dan memberi sokongan kepada pasukan Malaysia amatlah memberi kesan untuk diri sendiri. Bangga kerana walaupun mereka tidak sempurna tapi mereka mampu untuk mewakili negara dan menyumbang pingat kepada Malaysia.
Ketidaksempurnaan bukanlah penghalang kepada kita untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. Jika mereka yang tidak sempurna mampu untuk berjaya mengapa tidak kita yang sempurna ini.
" KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK, JADI BERUSAHA LAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN TERSEBUT "
Comments
Post a Comment