Skip to main content
Let's Zumba Kolej Rahim Kajai
Tarian zumba merupakan salah satu program yang dijalankan oleh biro siswi Kolej Rahim Kajai yang dipimpin oleh Felo Amira dan Mep Tihani. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari khamis bermula jam 5.30 petang hingga 6.30 petang. Let's Zumba ini digalakkan kepada semua siswi di Kolej Rahim Kajai bagi memastikan siswi di Kolej Rahim Kajai mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di luar bilik dan bukan sahaja bersenam di atas katil.Selain itu, program dapat merapatkan hubungan antara siswi-siswi di Kolej Rahim Kajai. Sesi akhir Let's Zumba adalah pada hari 16 November 2017.
Zumba ialah kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia. Kelebihan program Let's Zumba ini ialah siswi dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Program ini tidak dikenakan bayaran dan peserta yang tidak pernah miss program ini akan diberikan sijil dan kepada siswi Kolej Rahim Kajai yang menyertai akan diberikan merit.
"BE HEALTHY"
"EAT WELL, LIVE WELL"
Comments
Post a Comment