Ini merupakan pengalaman pertama menyertai program sukarelawan kerana sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk menyertai program seperti ini di sekolah dan matrikulasi.
Sudah tentu pengalaman ini tidak akan dilupakan dan akan sentiasa berada dalam ingatan.
Program mengindahkan bandar baru bangi ini dianjurkan oleh citra Pembangunan Diri dan gabungan bersama citra Kemahiran Menulis dan citra Kemahiran Insaniah. Program ini telah berlangsung pada 25 November 2017 yang bertempat di kawasan perumahan di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Aktiviti kesukarelawan yang telah kami lakukan adalah membersihkan di sekitar kawasan tersebut dan mengutip sampah. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk penduduk di kawasan tersebut dan juga pelajar yang terlibat.
Kebersihan amat penting untuk dijaga demi keselesaan bersama dan penjagaan alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran. Ramai penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat yang menyebabkan kawasan sekitar tersebut kelihatan kotor.
Pengajaran yang didapati ialah kita perlulah menjaga kebersihan alam sekitar bersama-sama dan jangan buang sampah merata-rata.
" A CLEAN PLACE IS A SAFE PLACE "
Comments
Post a Comment